Genap tiga tahun yang lepas, Rakyat Malaysia dihadiahkan suatu kemenangan ke atas sebuah rejim yang telah menguasai negara selama enam puluh tahun. Bukan mudah untuk menidakkan sebuah wadah yang tidak pernah merasa bangku pembangkang; mereka yang telah mengukir dan merekayasakan segenap jentera pemerintahan negara dan negeri-negeri mengikut kehendak, keinginan dan kekuatan mereka. Tetapi, dengan harapan, azam dan tekad seluruh Rakyat Malaysia, kita telah pun berjaya. Tiga tahun kemudian, Yang diberi mandat mentadbir dan memandu negara kembali ke arah kehendak Rakyat telah dicabutkan kuasa; dan digantikan oleh sekumpulan politikus yang sanggup mengkhianati rakan dan Rakyat demi memuaskan nafsu temahak kuasa...
