Tempoh masa seseorang dilindungi daripada jangkitan COVID-19, sama ada melalui vaksinasi ataupun jangkitan secara semulajadi – adalah sesuatu yang tidak boleh dipastikan setakat ini. Anthony Fauci, Pengarah U.S. National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NAID) telah menyatakan bahawa data-data yang diperolehi sehingga kini menunjukkan perlindungan tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan, dan jika bernasib baik, sehingga setahun lamanya. Menurut suatu kajian American Association for the Advancement of Science, imuniti yang terhasil secara semulajadi (keadaan di mana pesakit dijangkiti) boleh bertahan sehingga 8 bulan. Menurut sesetengah pengkaji pula, perlindungan yang terhasil daripada vaksin adakalanya lebih baik dan lebih lama, namun...
