Kita, sebagai sebuah negara bangsa, mungkin saja bakal berdepan dengan ujian yang lebih memudaratkan. Ribuan nyawa di Selangor dan Pahang yang terpaksa bermalam di bumbung dan berlapar perut dek kerana banjir yang melanda, sememangnya berpotensi menjadi episod pertama kepada banjir seluruh negara yang akan memusnahkan lebih banyak pekan dan bandar. Begitulah yang boleh kita telah lanjutan daripada pengumuman Majlis Keselamatan Negara tempoh hari untuk menggerakkan semua jentera bencana alam. Jika sekali pun tiada banjir yang akan menyusul (kita harap supaya memang tiada), keadaan semasa di Shah Alam, Bentong dan Mentakab telah pun menzahirkan kesinambungan yang amat perit untuk ditelan, melibatkan...
