Di kala rakyat sedang bergelut tenggelam timbul dengan masalah kelangsungan hidup, ekonomi yang menekan, dan krisis kesihatan yang terus mengancam, setiap tumpuan dan tenaga semua parti komponen harusnya perlu ditujukan ke arah usaha menyelesaikan permasalahan rakyat akar umbi. Tidak wajar sama sekali kita membazir tenaga mengungkit isu-isu kerjasama antara parti yang sudah sekian lama diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
Maka, saya terpanggil untuk memberi respon berikutan sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KeAdilan Wilayah Persekutuan serta sayap-sayapnya berkenaan penggunaan Logo KeAdilan.
Dengan penuh hormat dan solidariti, saya ingin memetik kenyataan Datoβ Seri Ketua Pembangkang merangkap Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR dalam satu webinar anjuran UPKO, di mana keempat-empat pemimpin utama empat parti komponen Pakatan Harapan hadir pada 3hb September 2021. Satu soalan telah dikemukakan kepada Dato’ Seri Anwar berkenaan penggunaan logo untuk PRU akan datang; demikianlah jawapan beliau.
βπππππππππππ πππ π‘π πππ πππ ππππππ‘ππ. πΌππ ππππππ ππ‘π’ππ’π πππππ ππππππππ π πππ‘π (ππ ππππ‘ π·ππππ ππ – ππππ’πππππ ππππππππππ ππ») π’ππ‘π’π ππππππππ πππ π ππππππ π ππ‘π’ πππ π’πππ. π΅π’πππ π πβπππ ππ» π‘ππ‘πππ π πππ’π πππππππππππ.
πππ π ππ‘π’ πππΎπ ππππ’π πππ (πππππ πππ π¦π’ππππ‘). πΌπ‘π’ πππππππππ π¦πππ βπππ’π π‘ππππ. πΎππππ’ πππππππππππ ππππβ, ππ βπππ¦π ππππ πππππ’ππ‘π’πππππ πππ€ππ. π½πππ πππ‘π ππππ ππππππ πππ, π πππ πππ π¦πππ ππππ πππ πππππ ππ», ππβπ’ππ’π π¦πππ ππππππππ¦ ππππππ ππ», ππ‘ππ’ π¦πππ πππ’π‘πππ πππππ π‘π ππ πππππππππππ‘,
πΎππ‘π ππππ ππππ πππππ πππ ππ’ππππππ‘ π’ππ‘π’π ππππ πππ.
πΏπππ ππ’π, π πππππ πππππ ππ πππ‘π π π’ππβ π ππ‘π’ππ’. π·π’ππ’ πππ‘π π ππ‘π’ππ’ π‘πππππ πΎπππππππ ππππππ πππππππ‘ππ π‘ππππ ππππππ’π ππππππ πβππ ππ». ππππππππ ππ» π π’ππβ ππππ’π‘π’π πππ.
πππ¦π πππππ, πππππ π ππππππ‘ πππ π πππ πππ‘π ππππ ππ’π‘π’π πππ; π·π΄π πππ π΄ππ΄ππ΄π» π π’ππβ π ππ‘π’ππ’, πΎππ΄πππππ ππππ‘π π ππππππ‘ πππ π π’ππ‘π’π ππππ¦ππππππππ πππππππππ πππ ππππππ π πππ’π ππππ‘πππ ππππ‘π. πΎπππ’ππππ πππ‘π ππππ πππππππ ππππππ πππππ-πππππ π¦πππ ππππ π‘πππππ π’π πππΎπ πππ ππππ‘π-ππππ‘π πππππππππππ π¦πππ ππππ.
ππππ πππ‘π βπππ’π πππππ‘, π πππππ ππ’πππππ πππ π‘π πππ π ππ‘π’ πΏπππ π¦πππ πππ ππππππ‘π; πππ π‘ππππ’ππ‘π πππ’β ππππβ ππππππ ππ ππππππππ ππππ‘ππππππ π πππππ ππππππππ πππππ πππππ π¦πππ ππ’πππππ ππ’ππ ππππ πππππππππ’πππ.β
Terang lagi bersuluh bahawasanya Datoβ Seri Anwar, yang merupakan suara utama mewakili KeAdilan, telah dengan jelas menyatakan keputusan PH setakat ini. Malah, rakan-rakan komponen juga telah bersetuju untuk memberi masa kepada Dato’ Seri untuk menerangkan kepada akar umbi KeAdilan berkenaan hala tuju ini.
Keputusan di Majlis Presiden itu dicapai setelah adanya perbincangan yang panjang lebar semenjak bulan Mei 2021 lagi. Meskipun ia sudah mengambil masa yang lama, kita harus akur bahawa keputusan tetap keputusan.
Selaku anggota Majlis Presiden, dan juga wakil anak muda akar umbi, saya akui bukanlah semua keputusan yang dicapai boleh saya persetujui sepenuhnya. Tetapi, berbekalkan semangat tanggungjawab kolektif serta daya upaya untuk menurut arahan Datoβ Seri Pengerusi PH untuk bekerjasama sebagai satu pasukan, kita mesti bertolak ansur dan menerima serta mempertahan keputusan jemaah dan terus mara ke depan bersama.
DAPSY mengambil maklum pandangan KeAdilan WP serta sayap-sayapnya, namun masih ada ruang dan waktu untuk saya seru supaya dengar, teliti dan akur dengan kenyataan Datoβ Seri Anwar dan akur dengan keputusan PH. Ini secara jelasnya suatu keputusan yang turut terpakai bagi KeAdilan WP dan sayap-sayapnya.
DAPSY juga ingin menasihati supaya butir-butir keputusan seperti yang telah dimaklumkan kekal dibincangkan secara dalaman; demi menjunjung kerukunan antara komponen yang telah terbina sekian lama. Semangat kerjasama yang ada ini masih perlu terus diangkat, dan bukannya sengaja memberi laluan tekan-menekan secara konfrontasi yang akhirnya meniup kita ke arah kemudaratan.
Facebook Comments