Ahli Majlis dan JPKK Perlu Utamakan Mekanisme Lebih Membumi | Jangan Biarkan Rakyat Ternganga

Ahli Majlis dan JPKK Perlu Utamakan Mekanisme Lebih Membumi | Jangan Biarkan Rakyat Ternganga

Sekitar jam 11 pagi tadi, sekeping notis dipaparkan di Pasar Pasir Pinji yang memberitahu bahawa para penjaja diminta berehat selama 1 minggu bermula esok. Hal ini diperlukan untuk memberi laluan kepada beberapa kerja pembaikian bumbung. Walau bagaimanapun, para penjaja terus berasa panik kerana notis ini tidak memberi ruang yang begitu banyak untuk persediaan mereka.
Setelah pihak kami merujuk perkara ini kepada pegawai Majlis Bandaraya Ipoh, kami mendapati bahawa kontraktor pembaikian tersebut hanya akan bekerja selepas jam 1 tengahari. Namun, pihak kami tidak dijelaskan tentang perancangan terperinci unjuran pembaikian ini. Para penjaja sebenarnya perlu mengetahui tentangnya kerana mereka perlu merancang perniagaan mereka.
Kami menyampaikan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak MBI kerana telah memberi peruntukan ini, walau bagaimanapun, kami berasa musykil tentang bagaimana Ahli Majlis di sini tidak mengetahui tentang perkara ini terlebih dahulu. Hal ini kerana pada pagi ini barulah Ahli Majlis tersebut turun ke pasar untuk memberi sedikit penerangan, itu pun hanya setelah notis dinaikkan.
Kami dimaklumkan bahawa pihak penjaja tidak membantah sekiranya direhatkan sepanjang hari selama 1 – 2 hari, kerana pada pendapat mereka, lebih cepat siap, lebih cepat mereka boleh teruskan perniagaan nanti. Pada hemat kami, perlu ada mekanisme perbincangan dan konsensus supaya tiada kekeliruan. Malah, ia menjadi suatu kewajipan kepada Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk menganjurkan taklimat dan menyampaikan maklumat. Namun, ini tidak berlaku sama sekali. Pihak penjaja juga menyalurkan hasrat bahawa infrastruktur lain perlu juga diutamakan seperti longkang dan longkang hujan.
Pihak kami dan penjaja sebulat suara berharap supaya Ahli Majlis dengan Kerajaan sekarang ini boleh memberikan perhatian kepada pembinaan semula Pasar Pasir Pinji. Peruntukannya telah pun diluluskan pada tempoh Pakatan Harapan memerintah. Janganlah disebabkan politik semata-mata, projek yang bermanfaat kepada warga di sini ditidakkan pembinaannya.
刚才早上11点,在兵如港巴杀有一张贴示,通告巴杀小贩因为屋顶维修的关系,从明天开始休息1个星期。维修虽然算是常事,但是这个通告并没有让巴杀小贩足够的时间和空间来做准备。
我们与怡保市政局联系,才理解到这个维修工作只会在下来的每一天中午1点过后才开始,我们并没有得到完整的资讯而且小贩们却完全对此不知情。
我们非常感谢怡保市政局对于巴杀维修工作上做出了拨款和安排,但这里的市议员并不妥善处理这件事情—— 今天早上,该市议员在公告贴出后才到巴杀给予讲解,足以证明他对此事情的处理方式非常的不妥善。
我们从小贩口中得知,他们并不会反对因为维修关系而必须休息1-2天的,对于他们而言,“快点维修好,可以更快的继续做生意。”对于我们而言,这样的维修必须要先有商讨、通知、达成协议来避免发生任何的误会和不解——这是市议员和村委会的工作。
小贩们也认为,除了屋顶需要维修,巴杀附近的基础建设比如说沟渠也必须要尽快维修。我们和小贩们认为,拨款已经在希望联盟执政时已经批准,不要一味为了政治,而罔顾这里的居民福祉。

Facebook Comments