Solidariti Bersama Syed Saddiq

Solidariti Bersama Syed Saddiq

Menjelang sidang parlimen yang bakal menunjukkan betapa derhakanya parti-parti yang berkuasa sekarang terhadap Raja dan Rakyat, serta demi mengalih perhatian rakyat daripada krisis keabsahan mereka; telatah lazim dan zalim seperti dakwaan politik terhadap anggota parlimen pembangkang ini lah yang mereka gunakan.
Semua ini tidak lain tidak bukan adalah semata-mata ketandusan jalan dan manifestasi keterdesakan pihak PN dalam perihal mengekalkan kuasa pemerintahan mereka.
Sudah lama langkah keji ini dirancang. Pada saat-saat akhir dan genting ini, tidak lama lagi sebelum mereka terpaksa dihadapkan dan ditewaskan oleh Parlimen, mereka kini menjadikan Syed Saddiq sebagai bahan paparan yang mereka harap dapat mengaburi mata rakyat.
Saudara Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar merupakan seorang rakan seperjuangan yang tidak pernah mengalah kepada gasakan politik dan tekanan musuh. Beliau telah pun melalui pelbagai ujian semenjak Langkah Sheraton, termasuklah ejekan dan serangan peribadi daripada pihak lawan, tohmahan fitnah bermacam-macam, sehinggalah ke dakwaan dan tuduhan salah guna kuasa dan peruntukan yang kita saksikan sekarang.
Syed Saddiq yang saya kenali, adalah seorang rakan yang pantang undur bila dicabar; lagi dia ditekan, lagilah kuat dia melawan.
Kalaulah dia sanggup dipecat daripada parti demi keadilan, digugurkan dari jawatan tinggi demi prinsip dan kebenaran, lalu tidak mengikut rentak dan jejak rakan senasib meskipun terpaksa mara berseorangan, maka itulah laluannya yang dia pasti pilih. Dia tidak akan sama sekali jatuh terduduk dan menunduk kepada kerakusan samseng politik yang berada di tampuk kuasa sekarang.
Saya bersolidariti dengan Saudara Syed Saddiq, dan akan bersama dengannya tanpa berbelah bahagi dalam mengharungi cabaran ini.
𝐇𝐨𝐰𝐚𝐫𝐝 𝐋𝐞𝐞 𝐂𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐰
𝐾𝑒𝑡𝑢𝑎 𝐷𝐴𝑃𝑆𝑌 𝐾𝑒𝑏𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎𝑎𝑛
𝐴𝐷𝑈𝑁 𝑃𝐴𝑆𝐼𝑅 𝑃𝐼𝑁𝐽𝐼
Jemput baca ulasan-ulasan saya di:
_
国会即将重开,你看到了一些执政派为了巩固地位,而不理会当下的社会和环境局势,不惜任何一切代价的去拿反对派的国会议员开刀。
这些举动你也看到了国盟政府走投无路,唯有出此下策来稳固政权。
国盟政府担心自己将在未来的议会中落马,失去执政权,而把这些已经安排许久的卑鄙手段,在这种最后关头使出,尝试以这些手段去蒙蔽人民的眼睛。而这一次他们选择在时任青体部长、麻坡国会议员赛沙迪身上开刀。
我认识的赛沙迪不会向恶势力、卑鄙的政治逼供之下低头。自从喜来登政变后,他经历了多少次的挑战和测试,多少次讥笑和讽刺,多少次敌方的人身攻击,多少次的诬陷等等,直到昨晚的子虚乌有、无理控告,指他滥用职权和拨款,他也不会对此低头认输。
我认识的赛沙迪是即便遇到挑战也不会退缩的人,更因为恶势力而更坚定对抗的人。
为追求事实、公平和公正的原则,他不惜被政党从位子上拉下、被辞退也不愿同流合污,即便他独自一人面对,也不会向手握权力的政治流氓低头认输。
我与赛沙迪同在!

Facebook Comments