Yang bermati-matian mengorak Langkah Sheraton semasa dunia dan rakyat sedang dilanda pandemik virus, hatta merampas kuasa walaupun telah ditolak oleh rakyat pada PRU-14, itu sekongkol UMNO. Yang dapat kuasa secara tipu muslihat dan kini sibuk mengagihkan jawatan, GLC yang bergaji lumayan kepada Ahli Parlimen dan Adun bagi membeli sokongan waktu rakyat berdepan dengan krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara; itu kerja UMNO dengan Perikatan Nasional. Yang berpura-pura sebagai rakan seperjuangan bersama Pakatan Harapan, tetapi sebenarnya musuh dalam selimut PPBM dan Pakatan Harapan, itu asal-usulnya UMNO. Yang kononnya tak nak jadi Perdana Menteri tetapi akhirnya merampas kerusi Perdana Menteri...