Pengkhianat jangan bacul, letak jawatan ADUN sekarang.

Tiada yang lebih mengecewakan daripada melihat saudara seperjuangan sendiri keluar parti dan sujud di kaki pengkhianat. Mereka semata-mata sujud mencium kaki busuk PERIKATAN NASIONAL sebab mereka mahu jaga posisi dan kuasa mereka, bukannya mahu jaga kebajikan rakyat di kawasan.

Soalan saya kepada mereka: “Sejak bila menjadi pembangkang tidak boleh menjaga kebajikan rakyat? Yang selama ini BERTAHUN-TAHUN kamu jadi pembangkang di Perak, rakyat masih sokong, bukan? Rakyat masih sokong dan memberi mandat untuk kamu mewakili mereka, bukan? Rakyat tetap sokong sehingga kita berpeluang jadi kerajaan, dan ada antara kamu, telah dilantik menjadi EXCO, bukan?”

Alasan yang diberi iaitu hendak keluar parti demi menjaga kepentingan rakyat adalah tengin dan tongong. Ini saya nak kata: jangan tipu rakyat dengan alasan-alasan bodoh seperti ini. Apabila sudah ke seberang sana, sudahlah pengkhianat, penipu pula dengan kelentong sebegini.

Keadaan seperti ini sebenarnya merancakkan lagi perbualan bersama akar umbi. Semua penyokong Pakatan HARAPAN bercakap-cakap yang mereka amat terkejut dengan perubahan kesetiaan para pengkhianat ini. Pengundi di kawasan Tronoh dan Buntong yang berusaha memenangkan DAP dan HARAPAN sebelum ini, sendiri akui yang mereka telah digunakan untuk cita-cita politik pengkhianat sampah ini.

Ketua-ketua penyokong mereka sendiri malu untuk berdepan dengan soalan-soalan daripada akar umbi. Setelah mengkhianati, batang hidung pun tak nampak untuk jelaskan sebarang keadaan. Sudah tentu, sekiranya kebenaran di sisi mereka, mereka sudah berdepan dengan akar umbi parti di sana.

Pesanan saya kepada mereka, “Angkara kamu-lah wahai para pengkhianat, yang menyebabkan ramai akar umbi muak dengan impian murni mengubah politik negara. Kamu bertanggungjawab terhadap rakyat. Rakyat yang berikan kamu kerusi itu. Setiap undi mereka menjadikan kamu gergasi. Dan, dengan suara rakyat juga, kamu boleh dijadikan kerdil kembali.

“Mewakili rakyat-rakyat penyokong DAP dan Pakatan Harapan, kami menuntut agar kamu MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.”

“Mewakili rakyat-rakyat penyokong DAP dan Pakatan Harapan, kami menuntut agar kamu MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.”

Hak mereka sudah pudar untuk menjaga kebajikan anak Perak untuk tempoh 2 tahun akan datang menjelang pilihanraya umum. Pengkhianat dan pelacur hak rakyat tidak ada moral dan belas ihsan untuk mewakili suara rakyat Perak. Entah apa lagi yang mereka sanggup buat demi kepentingan peribadi.

Walau lebuh jawatan, jangan lebuh kehormatan.
Biar tumpor kuasa, jangan tumpor maruah.

Facebook Comments