Cut CEO Pay To Maintain Profitability, Not Axe Jobs During Pandemic (Bilingual)

Business falling prey to loss of business, which in turn resulting in job losses maybe normal under the current climate; but many bank employees are facing the axe whilst their employers are recording profits and their CEOs paid millions in Salary and bonuses. 

A recent report by consultancy firm Roland Berger said that estimation of 567 closures of bank branches in Malaysia within the decade. This followed suit by one of the largest banks in Malaysia announcing that it will be shutting down 13 of its branches nationwide by end of 2021. 

Another local bank has closed down 6 branches thus far with another 6 more planned within the next 2 months. While profits for year 2020 were reported in the billions, branches and retrenchments were not spared to further cut on cost for the sake of profit even under the healthcare, economic and political triple crisis that our nation is facing.

National Union of Bank Employees (NUBE) had issued a statement earlier, protesting that banks are downsizing under “grossly unfair terms” as voluntary separation scheme (VSS) and mutual separation scheme (MSS) were carried out that could affect more than 600 employees. 

Despite pleas were made to both Bank Negara Malaysia (BNM) and the Human Resource Ministry, all seem to have fallen on deaf ears. It would seem that axes either already have or are inevitably going to fall on the future security and livelihoods of hundreds and maybe thousands of bank staff.  To some, this may just be an inconvenient closure of their local bank branch, but those truly affected are the ones being laid off. Many were already B40, others who were likely already teetering on the borders of the B40 and M40; Now they have just been given an express ticket to B40.

It is even more sickening, when CEOs of many banks are still raking in millions of Ringgit in annual remunerations, topping their own record for the previous year (figure 1). Some are even getting incentives linked directly to ‘lowering of overheads’ achieved from VSS, MSS and straight up redundancies. 

In other words, CEOs are getting paid to create more unemployment; How can this be allowed? Wouldn’t it make more sense to cut the pay of CEOs and those on extortionately high pay, than to cull jobs?

The stewardship -or lack thereof- of the failed Perikatan Nasional government, have unequivocally failed in containing the pandemic. As if the economic shutdown and the government’s tepid interventionary fiscal responses that have left many a working class Malaysians hung high and dry was not enough, allowing banks to take such heinous and cruel options to even further benefit bankers and their shareholders is nothing less than sacrificing already injured preys to gift an all powerful predator. 

What happened to the Prime Minister’s commitment that workers’ welfare will be taken care of and no lay offs allowed after introducing the Wage Subsidy Programme? Or was it yet another lip service talking point that was paid to cover up the government’s blindness and failure to see the sufferings of ordinary Malaysians down here at the pits? 

The argument that the government has no legal power to intervene with private banks’ decision to downsize is simply not acceptable; and all bank branch closures must first obtain the approval of Bank Negara Malaysia. After all, the government proclaimed a State of emergency to centralise and turbocharge executive powers, under the pretense that the power needs to be wielded to handle precisely issues like this. 

With the continually maturing technology of e-banking and the continuing growth of bank users’ prevalence to go digital, banks should be cross training and skilling existing employees to transition towards meeting future service demands. Axing staff in the name of business efficiency and profitability, especially during these times is both inhumane and unscrupulous. I urge that the government to come up with a proper and better plan to immediately intervene.

It is sad that this government has once again proven that their priorities lie on the protection of banks to continue reaping profits, and not on the protection of workers and ordinary Malaysians.

_____________________

Penutupan Cawangan Bank: Laksana Menghadiahkan Rusa Yang Tempang Kepada Singa Yang Lapar

 

Firma Perunding Roland Berger, dalam laporan terkininya, menyatakan terdapat anggaran sebanyak 567 cawangan bank di Malaysia telah ditutup sepanjang dekad ini. Salah sebuah bank tempatan yang terbesar turut mengikut rentak tersebut apabila mereka mengisytiharkan bahawa 13 cawangannya bakal menerima nasib yang sama pada hujung 2021.

Sebuah bank tempatan yang lain telah menutup 6 cawangannya  setakat ini, dengan 6 cawangan lagi diaturkan tutup dalam 2 bulan yang akan datang. Ketika industri ini mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit pada tahun 2020, penutupan cawangan-cawangan dan pemberhentian kerja masih lagi diteruskan atas dasar mahu mengurangkan kos operasi demi keuntungan, biarpun krisis tiga serangkai (kesihatan, ekonomi dan politik) sedang galak memamah negara.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) baru sahaja mengeluarkan kenyataan, membantah tindakan pengurangan saiz ini yang berisiko menjejaskan nasib lebih daripada 600 kakitangan melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan Skim Pemisahan Bersama (MSS) yang dikatakan mempunyai “syarat-syarat yang tidak adil”.

Walaupun pelbagai rayuan telah diajukan ke Bank Negara Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia, sehingga kini ia langsung tidak didengari, apatah lagi dipedulikan. Nampaknya, keselamatan masa depan dan kelangsungan hidup ratusan, mungkin ribuan warga kerja industri perbankan kini meniti hari untuk menjadi korban. Bagi segelintir, ini mungkin saja sitkom ringkas tutupnya sebuah cawangan bank, namun bagi mereka yang kerja makan gaji di situ, ia adalah lembaran hidup dan masa depannya. Ramai antara mereka adalah B40 dan yang lain pasti ada yang bertatih menuju ke M40; tetapi sekarang, semuanya terpaksa dihumban masuk terus ke B40 secara ekspres.

Ia lebih menyayat hati bilamana  CEO-CEO kebanyakan bank masih lagi mengaut habis berjuta-juta ringgit dalam imbuhan tahunannya, seringkali memecahkan rekod mereka sendiri pada tahun sebelumnya. Ada juga antara mereka yang peroleh insentif kerana penjimatan kos daripada VSS dan MSS.

Dalam erti kata yang lain, CEO-CEO ini dibayar kerana berjaya mencipta pengangguran; Bagaimana ia boleh dibiarkan begini? Lebih masuk akal saya rasa sekiranya gaji CEO-CEO ini dipotong terutamanya mereka yang ada gaji tinggi luar biasa, berbanding membuang kakitangan, bukan?

Kita telah saksikan bagaimana lingkupnya Kerajaan Perikatan Nasional mengemudi negara dalam membendung pandemik ini. Tidak cukup dengan penutupan ekonomi dan polisi fiskal suam-suam kuku yang membiarkan golongan pekerja terkapai-kapai sesak nafas, tindakan PN membiarkan bank-bank bermaharajalela menggila dan menindas rakyat ADALAH tidak kurang kejamnya seperti mencampakkan rusa yang cedera sebagai hadiah kepada singa yang kelaparan.

Apa jadi dengan komitmen Perdana Menteri yang kebajikan pekerja akan terjaga? Apa jadi kononnya tiada pemberhentian kerja setelah memperkenalkan Program Subsidi Gaji? Atau ia cuma satu wayang, kata-kata manis membasahi bibir yang sekadar mahu menutup kegagalan dan kebodohan kerajaan dalam memahami keluh-kesah, rintihan harian rakyat biasa di bawah sini?

Persetanlah hujah kononnya kerajaan ‘has no legal power’ untuk mencampuri urusan bank tatkala mereka mahu laksanakan pengurangan saiz. Semua penutupan cawangan bank perlu dahulu mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia, apa lagi maksudnya yang mereka ‘has no legal power’? Sudah itu, apa tujuannya kerajaan berzikir tiap malam ‘darurat, darurat’ untuk memusatkan kuasa eksekutif KALAU TIDAK digunakan untuk keadaan-keadaan macam ini?

Dengan teknologi e-perbankan yang semakin matang dan perkembangan pengguna ke arah digital, bank-bank sepatutnya menggalakkan lebih banyak latihan dan pembentukan kemahiran kakitangan sedia ada untuk memenuhi kehendak pasaran; BUKANNYA memancung kakitangan-kakitangan ini yang saya rasa sangat tidak berperikemanusian dan tidak bertanggungjawab. Saya sarankan dan saya desak supaya kerajaan ini berusaha lebih sedikit dan lebih serius dalam merangka rancangan yang lebih baik dalam campurtangannya.

Ia cukup menyedihkan untuk menyaksikan sekali lagi kerajaan ini meletakkan keutamaan tidak berbelah bagi kepada perlindungan #BankerJagaBanker yang sungguh dahagakan keuntungan, dan bukannya mengutamakan perlindungan para pekerja dan rakyat biasa-biasa di bawah sini.

Facebook Comments