Saya melawat seorang wanita, Puan Siti yang mengadu tentang keadaannya: sudah lah tidak boleh buka payung meniaga, air dan api pula dipotong, dan gaji suami habis buat sambung semula. Syawal pula makin dekat…jangankan persiapan Raya, esok nak beli barang basah pun dok mengira duit baki lagi.
Saya dimaklumkan juga yang beliau sudah cuba pelbagai ikhtiar untuk dapatkan bantuan; Jabatan Kebajikan sudah, Baitulmal sudah, Ahli Majlis berpangkat Dato’ sudah, Pejabat ADUN ‘superstar’ pun sudah.
‘tak lulus’
bluetick
‘takda dana’
‘tunggu mesyuarat dahulu’
…itu sahaja makanan hariannya sambil menunggu respon positif daripada penyalur kebajikan.
Sambil dia menunjukkan bukti-bukti screenshot Whatsapp, saya kagum bagaimana sebuah keluarga dengan 4 tanggungan dapat hidup sekian lama dengan gaji bersih sedikit di rumah yang begitu daif sekali.
Saya tahu mereka dapat bertahan selama ini, cumanya pandemik ini sahaja yang memakan kelangsungan hidup mereka di luar jangka. Hakikatnya, mereka ini adalah salah satu keluarga daripada beribu-ribu keluarga yang terkesan di luar sana.
Saya mampu bantu sebuah keluarga sahaja pada hari ini, secara peribadi; bukan menyarung topi ADUN, atau topi DAPSY. Tapi, bantuan manusiawi saya ini bukanlah sesuatu yang mapan… takkan berkekalan mana pun…
Sesuatu yang mapan itu perlulah datang daripada mereka yang ada kuasa kebajikan; mereka yang punya dana seperti Jabatan Kebajikan dan Baitulmal. Sesuatu yang mapan itu juga perlulah dipaksa dan ditekan oleh ADUN kawasan sendiri supaya penyalur kebajikan lebih cakna.
Tak malu ke ADUN lain datang ke kawasan DUN kau dan pengundi kau mengumpat pasal kau?
Yang saya terkesan, semasa jiran-jiran Puan Siti terima kotak makanan, Puan Siti tidak dapat.
Yang saya terkesan lagi, ADUN kawasan dia boleh hantar samseng p rumah dan paksa padamkan satu posting Puan Siti di Facebook ADUN tersebut.
Saya faham bagaimana pemikiran mereka yang susah ada kelangsungan hidup. Dipadankan lagi dengan ‘terdesak’, ini sesuatu yang lebih memberi kesan.
Ada banyak beza antara orang susah dan orang susah yang terdesak. Kalau ini pun tak faham dan takda empati, buat apa sarung topi manusiawi?
Facebook Comments