Genap tiga tahun yang lepas, Rakyat Malaysia dihadiahkan suatu kemenangan ke atas sebuah rejim yang telah menguasai negara selama enam puluh tahun. Bukan mudah untuk menidakkan sebuah wadah yang tidak pernah merasa bangku pembangkang; mereka yang telah mengukir dan merekayasakan segenap jentera pemerintahan negara dan negeri-negeri mengikut kehendak, keinginan dan kekuatan mereka. Tetapi, dengan harapan, azam dan tekad seluruh Rakyat Malaysia, kita telah pun berjaya.
Tiga tahun kemudian, Yang diberi mandat mentadbir dan memandu negara kembali ke arah kehendak Rakyat telah dicabutkan kuasa; dan digantikan oleh sekumpulan politikus yang sanggup mengkhianati rakan dan Rakyat demi memuaskan nafsu temahak kuasa diri mereka sendiri. Memori manis yang tidak bertahan dua tahun itu, bertukar menjadi mimpi ngeri yang terlajak menjadi realiti. Kini, ramai antara kita pengibar Harapan masih lagi berkabung dek matinya demokrasi. Untuk menyambut Kejayaan Tiga Tahun Lalu, sudah pastinya berat.
Pada ketika negara dan dunia dilanda krisis pada kadar yang tidak pernah kita saksikan, yang berjaya merampas kuasa pula menyalah gunakan pandemik ke tahap yang memabukkan; sehingga sanggup menggantung demokrasi, menderhaka Institusi Diraja dan Perlembagaan Persekutuan, memperalatkan institusi keselamatan bagi tujuan politik, sengaja menambah parah kesengsaraan Rakyat, dan menghukum golongan marhaen berkali ganda lebih berat berbanding golongan elit kayangan yang juga disabitkan kesalahan yang sama.
Sambil-sambil sang penguasa menikmati hasil tuaian serta kemabukan kuasa dan kekayaan laksana hidup di darul kayangan; Yang kaya dan berkuasa terus menindas, Yang miskin dan lemah terus tunduk tertewas.
Tetapi, semakin ramai Rakyat diancam ketidaktentuan nasib dalam suasana ekonomi yang parah. Hari demi hari, Rakyat semakin merasakan tiada harapan. Nasib dan layanan Rakyat tidak lagi ditentukan oleh sejauh mana adanya kegigihan dan kehebatan, tetapi ditetapkan mengikut kedudukan, kelas dan darjat.
Pakatan Harapan mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk membina semula, menyalakan kembali obor harapan Rakyat, khususnya ketika gelora dan taufan sedang meliputi semua yang jelas tiada tempat berteduh.Rakyat memerlukan inspirasi untuk kembali beraspirasi.
Untuk itu, wajar kita lihat kembali lembaran faktor yang telah membawa Pakatan Harapan ke puncak kemenangan: tiga faktor tonggak kejayaan bagi mengenang cukup-cukup tiga tahun yang lalu pada tarikh yang penuh keramat ini.
๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐: ๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐
๐พ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐ ๐ขโ ๐ข๐ก๐๐๐ ๐ก๐๐๐-๐ก๐๐๐ ๐ข๐ ๐โ๐ ๐๐ ๐ 14 ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ “๐๐1” ๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ค๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐ค๐๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐. ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ฆ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ขโ๐, ๐ฆ๐๐๐ ๐ค๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ค๐๐.
๐๐๐๐โ๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฝโ๐ ๐ฟ๐๐ค, ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐๐ข ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐ก๐ข. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐ค๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐-๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ขโ ๐๐๐๐ข๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐ข๐๐ขโ ๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐ต๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐ก๐๐๐๐๐ ๐ข๐ ๐๐ด๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ ๐ข๐๐๐ ๐ก๐ข๐๐ข๐ก ๐๐๐๐ฆ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ข โ๐๐ข๐ ๐ขโ ๐๐๐๐ ๐๐๐โ, ๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ โ๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ข๐๐๐ฆ๐. ๐๐ข๐ ๐ขโ ๐ข๐ก๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ง๐๐.
๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐: ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐
๐ฝ๐๐๐ โ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐โ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ โ๐ข๐๐ข๐ โ๐๐โ (๐๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ดโ๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐), โ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐โ, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐พ๐ ๐ป๐ด๐ ๐ด๐๐ด๐ ๐ก๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐, ๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐-๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐โ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐, ๐๐ข๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐ข๐๐ ๐๐ โ๐๐ก๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ข๐๐โ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐โ ๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก.
๐ด๐๐๐๐๐ ๐ ๐ก๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐, ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐, ๐๐๐๐๐โ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ข๐โ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐, ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐โ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ก๐โ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐. ๐พ๐๐๐๐ข ๐๐โ๐ข๐๐ข, ๐ก๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐ก๐โ๐๐. ๐พ๐๐๐, ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐โ๐ข ๐๐ ๐ ๐ข๐๐โ ๐๐ข๐ ๐ก๐๐๐๐ข๐๐ก๐ 3 ๐ก๐โ๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐ข ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐โ ๐๐ข๐๐ ๐ก๐ข๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ค๐โ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ ๐.
๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐: ๐๐๐๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐
๐พ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐โ๐ข ๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐-๐ ๐๐๐ข, ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐ ๐ก๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐, ๐ก๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข “๐พ๐ด๐๐ผ”. ๐๐๐๐ ๐ค๐๐๐ก๐ข ๐๐ก๐ข, ๐ ๐ข๐๐๐๐ขโ ๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ข ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐โ๐ข๐๐ข๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ฆ๐. ๐พ๐๐ก๐๐๐ก๐๐, ๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐-๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐.
๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐โ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐. ๐๐๐๐ข๐ ๐ง๐โ๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ข๐ ๐โ๐ ๐๐๐๐๐ค๐๐ ๐๐ข๐ ๐ขโ ๐๐ ๐๐ก๐๐ , ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐. ๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐ข๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐๐ ๐ก๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐๐. ๐พ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐ก๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ข๐ ๐๐ ๐ข ๐๐โ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐โ๐ข๐๐ โ๐พ๐๐๐โ, ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐: โ๐๐๐ฆ๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ โ๐พ๐๐ก๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐.
___
Ya, tiga faktor di atas memang menjadi asas sebuah kemenangan Tiga Tahun Lepas. Namun, apalah sangat suatu sambutan kegemilangan itu jika kita masih lagi bersedih dan berkabung atas pengkhianatan yang bukan hanya pada nama Harapan, tapi kepada seluruh Rakyat Malaysia. Malah, perasaan itu juga disimbah dengan rasa amarah sehinggakan ada rakan seperjuangan saya yang jelik sejurus mendengar โ9 Meiโ dan โPRU14โ. Saya akui, mereka ini juga masih mengharapkan Malaysia yang lebih baik, saya juga, namun itulah ragam politik yang kita perlu jadikan teladan.
Bayangkan: pada tarikh itu, lahirnya sebuah impian dan harapan; demokrasi diangkat setinggi-tingginya, dan dimuliakan supaya menjadi landasan yang betul untuk semua. Ketika Malaysia berbangga disarung status demokrasi sebenar atas peralihan kuasa yang aman, tiba-tiba, selepas hampir 3 tahun, kini, demokrasi Malaysia digantung serta-merta, dilenyapkan, dikuburkan, diheret entah ke mana seolah-olah ia tiada erti. Segala reformasi, segala perubahan, segala impian dan harapan…nampaknya terlalu susah untuk diangkat kembali, malah dianggap mustahil…
Bayangkan betapa rosaknya pengkhianat demokrasi, pemimpin-pemimpin tidak bertanggungjawab ini. Perubahan drastik โpembunuhan demokrasiโ berlaku dengan sekelip mata yang hakikatnya kita tahu ia dirancang sekian lama. Zaman telah berubah, lanskap politik teramat berbeza sekarang, kawan dan lawan sudah bermuka-muka, cabaran yang ada…tidak lagi sama. Masakan kita mampu gunakan formula yang samaโฆ Masakan kita mampu untuk sambut kejayaan 9 Mei sedangkan kita sendiri keliru tentang siapa KITA yang kita maksudkan tadi.
Jika PRU14 mengangkat Najib Razak sebagai musuh bersama, sekarang, kita perlukan takrifan baharu tentang siapa yang perlu kita musuhi. [STOP] Musuh sebenar di luar sana, yang lebih besar binasanya daripada pandemik ini, adalah mereka yang gagal menguruskan pandemik ini dan menjadikan ia alasan untuk menggantung demokrasi, merampas suara rakyat semata-mata untuk mengekalkan temahak kuasa. Itu musuh bersama kita. Terang lagi bersuluh. Malah, lebih menakutkan, definisi โmusuh bersamaโ itu kian kabur apabila mereka yang dahulunya โmusuh tradisiโ kini cuba pikat memikat; mereka yang dahulunya bersama atas nama โmuafakatโ kononnya kini tikam-menikam, tampar-menampar, berpusu-pusu untuk sama meratah sisa-sisa demokrasi.
Atas hakikat itu juga, kita harus mentafsir semula, memberikan takrifan baharu tentang apa itu KITA. Adakah KITA ini termasuk dalam golongan yang memperkotak-katikkan Perlembagaan Malaysia, atau adakah KITA ini mahu menjulang kembali, menghidupkan semula demokrasi yang sihat dan yang membawa kemajuan? Adakah KITA ini perlu lebih teliti dalam memilih rakan komponen? Adakah KITA sebenar-benarnya sudah berputus asa dan mahu lepaskan saja perjuangan yang kita SEDAR memang akan ada manis-manis kemenangan di hujungnya?
Setiap kali kita tiba di ambang suatu peralihan, suatu anjakan paradigma, ujian yang setimpal akan tentunya datang untuk menguji kekuatan kita sebelum kita nikmati hasil perubahan itu. Meskipun keadaan ditambah rumit dengan pelbagai penghinaan terhadap demokrasi ini, kehidupan pastinya menawarkan lebih banyak pilihan dan kebarangkalian…kebarangkalian yang perlu kita sambut untuk mencapai tujuan yang lebih besar pentingnya.
Di sebalik kita merenung siapa KITA dan seribu satu definisinya, yang pasti, KITA harus bermaksud semua yang bersedia bernaung di bawah khemah besar yang bercita-cita dan bermatlamat hendak memulihkan negara daripada ancaman kleptokrasi, kakistokrasi, rasuah, penderhakaan institusi diraja dan negara, penghinaan demokrasi, serta sengaja memperlekehkan masa hadapan dan nyawa setiap satu rakyat Malaysia. KITA harus jadi lebih daripada Melayu, kita harus jadi lebih daripada Cina, India, Iban, Kadazan, Dayak. Kita harus jadi lebih daripada orang bandar, lebih daripada orang kampung, lebih daripada kelas pekerja dan golongan berkepunyaan. KITA harus jadi lebih daripada DAP, lebih daripada UMNO, BERSATU, PAS, lebih daripada Pakatan Harapan, Barisan, Perikatan, Muafakat dan lain-lain. Kita harus jadi lebih daripada apa yang pecah belahkan kita daripada menjadi lebih bersama. Kita harus jadi penggerak kepada agenda bersama kita – pemulihan Malaysia, tanah air kita.
Hari ulang tahun 9 Mei – kita tidak perlu sambut, tetapi kita perlu jadikan ia sebagai peringatan tentang betapa pentingnya sebuah KITA dalam melawan musuh bersama yang sewenang-wenangnya membunuh jiwa demokrasi.
Facebook Comments