Mesyuarat Pertama, Tahun Kelima, Dewan Negeri Ke-14,
Perak Darul Ridzuan | 29 Mac 2022
_
Perubahan iklim kini semakin berani menuntut kita menyedari kehadirannya melalui bencana alam yang semakin kerap berlaku. Bencana ini diketahui umum meninggalkan jejak yang menggerunkan, sehingga mampu meranapkan kediaman rakyat yang adanya warga miskin belaka.
Setakat hari ini di DUN Pasir Pinji, pejabat saya menerima laporan sehingga 8 kes bencana yang antaranya: pagar roboh ditimpa pokok, bumbung diterbangkan ribut kencang, kenderaan ditimpa dahan, dan tiang-tiang dewan yang bengkok dek ditiup angin. Hal ini belum diambil kira kes-kes di mana khemah-khemah perniagaan di bahu jalan yang habis musnah.
Sekiranya kita berpendapat bahawa bencana ini tamat di sini, kita mungkin saja menyesal. Peralihan monsun dan tempiasnya ini berkemungkinan besar akan terus memukul kita sehingga bulan Mei. Dengan kenyataan ini, kita harus bersiap siaga untuk menghadapi beberapa siri bencana yang akan datang. Adalah lebih baik kita bersedia demi โjust-in-caseโ, berbanding โjust-in-timeโ kerana istilah kedua itu tidak wujud bagi bencana alam yang datang entah dari mana.
Pada mesyuarat pertama pada tahun ini, tergerak hati saya untuk bangkitkan isu bantuan mangsa bencana ini yang pastinya bahkan bergema di pihak ADUN-ADUN kerajaan sekalipun. Bantuan bencana yang bernilai RM 200, memanglah, perlu kita semua hargai namun, realitinya, nilai RM 200 ini apabila dibandingkan dengan kemusnahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana, ia seakan-akan mengarut dan tidak masuk akal.
Jika RM 200 ini dilihat sebagai penyelesai masalah, Kerajaan Negeri Perak perlu duduk di meja perbincangan semula dan perhalusi dasar-dasar yang tidak masuk akal ini. Mangsa-mangsa ini hanya tidak bernasib baik, dan pastinya, kerajaan perlu utamakan keselamatan mereka pada kemudian hari andai kata terjadinya lagi bencana-bencana seperti ini.
Saya dan Ahli Parlimen Ipoh Timor, sebagai respon daripada bantuan RM 200 ini, telah memberikan komitmen untuk menyumbangkan RM 500 (dan lebih sekiranya perlu) kepada setiap mangsa bencana, dengan mengikut prosedur-prosedur umum. Jika kami di pihak pembangkang boleh membantu dengan sejumlah ini, takkanlah pihak Kerajaan Negeri Perak tiada kehendak dan kuasa untuk membantu lebih pula?
Bagi keadaan-keadaan seperti lewat ini, Pejabat ADUN seharusnya dijadikan one-stop-centre untuk mempercepat dan membantu penyelarasan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Warga saya di Pasir Pinji akan sentiasa menghubungi pejabat saya sekiranya berlaku kemalangan bencana, dan saya pula akan kerahkan warga pejabat dan pihak-pihak seperti Bomba Sukarelawan untuk cepat ke kawasan untuk bantuan pantas.
Dengan ini, saya memohon supaya kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan pejabat daerah dapat memberikan taklimat, maklumat dan latihan yang secukupnya kepada pejabat-pejabat ADUN seluruh negeri supaya kami semua dapat lebih bersedia untuk berbakti kepada warga yang memilih.
__________
๐๐จ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐ฎ๐๐ง ๐๐จ๐ฐ
๐ดโ๐๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐)
Facebook Comments