Semalam, kami selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Perak telah menghadiri sebuah mesyuarat yang pertama bagi Jawatankuasa Khas Tempat Ibadat Gua Batu Kapur JKRIGBK Negeri Perak, atas undangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Kerajaan Negeri. Kami menyambut baik atas penerimaan syor kami bagi mewujudkan sebuah jawatankuasa merentas parti, yang pastinya turut melibatkan ADUN-ADUN Pembangkang dalam kesungguhan menyelesaikan isu yang berpanjangan ini.
Jawatankuasa ini, menurut pendirian kami, haruslah membawa ke arah perizaban dan pewartaan (mengikut seksyen 62 Kanun Tanah Negara) semua tapak yang terjejas sebagai tanah ibadat yang sah – dengan pematuhan syarat-syarat keselamatan awam dan perlindungan alam sekitar. Ini adalah demi objektif utama seperti berikut:
๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต-๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต ๐ช๐ฃ๐ข๐ฅ๐ข๐ต ๐ฃ๐ข๐จ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ๐ต
๐๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ด๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ญ๐ฐ๐ฌ๐ข๐ด๐ช-๐ญ๐ฐ๐ฌ๐ข๐ด๐ช ๐ช๐ฏ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ค๐ถ ๐ฆ๐ฌ๐ฐ๐ฏ๐ฐ๐ฎ๐ช ๐ด๐ฆ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ญ๐ถ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฏ๐ค๐ฐ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ
๐๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ฐ๐ญ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ข๐ด๐ฆ๐ต-๐ข๐ด๐ฆ๐ต ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ฅ๐ข๐บ๐ข๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ถ๐ฏ๐ช๐ฌ ๐ช๐ฏ๐ช
๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ด๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ฐ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ด๐ข๐ณ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐จ๐ถ๐ข ๐ฃ๐ข๐ต๐ถ ๐ฌ๐ข๐ฑ๐ถ๐ณ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต ๐ช๐ฃ๐ข๐ฅ๐ข๐ต ๐ข๐จ๐ข๐ฎ๐ข ๐ด๐ฆ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ ๐ช๐ด๐ญ๐ข๐ฎ
Mesyuarat ini adalah susulan daripada syor kami setelah Mesyuarat MMK memutuskan bahawa semua rumah ibadat yang berada di gua batu kapur yang berstatus tanah kerajaan perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan perizaban sebagai tanah ibadat. MMK BIL 2055 BERTARIKH 12 JANUARI 2022 menyatakan:
โ๐ด๐ฌ๐ด๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐จ๐ต ๐บ๐ผ๐ท๐จ๐๐จ ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ฌ๐ด๐ผ๐จ ๐น๐ผ๐ด๐จ๐ฏ ๐ฐ๐ฉ๐จ๐ซ๐จ๐ป ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ฉ๐ฌ๐น๐จ๐ซ๐จ ๐ซ๐ฐ ๐ซ๐จ๐ณ๐จ๐ด ๐ฎ๐ผ๐จ ๐ฉ๐จ๐ป๐ผ ๐ฒ๐จ๐ท๐ผ๐น ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐ป๐จ๐ป๐ผ๐บ ๐ป๐จ๐ต๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ฌ๐น๐จ๐ฑ๐จ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐ณ๐ผ ๐ด๐ฌ๐ต๐ฎ๐ฌ๐ด๐ผ๐ฒ๐จ๐ฒ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐ด๐ถ๐ฏ๐ถ๐ต๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ต๐ฎ๐ฎ๐ผ๐ต๐จ๐จ๐ต ๐ป๐จ๐ต๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ฌ๐น๐จ๐ฑ๐จ๐จ๐ต ๐ด๐ฌ๐ต๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ผ๐ป ๐ผ๐ต๐ซ๐จ๐ต๐ฎ-๐ผ๐ต๐ซ๐จ๐ต๐ฎ ๐ซ๐จ๐ต ๐ผ๐ณ๐จ๐บ๐จ๐ต ๐ป๐ฌ๐ฒ๐ต๐ฐ๐ฒ๐จ๐ณ ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ณ๐ฌ๐ต๐ฎ๐ฒ๐จ๐ท ๐ท๐ฌ๐น๐ณ๐ผ ๐ซ๐ฐ๐บ๐ฌ๐ซ๐ฐ๐จ๐ฒ๐จ๐ต ๐ถ๐ณ๐ฌ๐ฏ ๐จ๐ฎ๐ฌ๐ต๐บ๐ฐ ๐ป๐ฌ๐ฒ๐ต๐ฐ๐ฒ๐จ๐ณ ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ป๐ฌ๐น๐ณ๐ฐ๐ฉ๐จ๐ป ๐ผ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ซ๐ฐ๐จ๐ต๐ฎ๐ฒ๐จ๐ป ๐ฒ๐ฌ ๐ท๐ฉ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐ด๐ถ๐ฏ๐ถ๐ต๐จ๐ต ๐ป๐ฌ๐น๐บ๐ฌ๐ฉ๐ผ๐ป”
Objektif induk cadangan dan penyertaan pihak kami dalam jawatankuasa ini adalah bagi memastikan semua pihak yang berkaitan, pihak berkepentingan dan pihak berkeperluan dapat dikerah untuk bersama-sama menyelesaikan masalah berkenaan tempat ibadat yang bertapak di gua batu kapur di seluruh Negeri Perak.
Kami juga berpandangan bahawa kesemua tempat ibadat yang telah menerima notis pengosongan seharusnya diberikan dukungan, bantuan dan panduan bagi meneruskan aktiviti mereka secara lebih mampan dan selamat.
Kami turut membangkitkan kekhuatiran pihak kami terhadap kebarangkalian usaha pewartaan akan digagalkan sebelum permulaan sekiranya garis panduan perancangan dan pembinaan sedia ada diangkat sebagai piawaian pertimbangan. Kami amat menyambut baik penggunaan falsafah dan pendekatan yang dizahirkan oleh PTG, iaitu โin situโ tidak sama dengan yang baru. Ini membawa maksud piawaian pertimbangan yang unik dan sesuai, yakni luar biasa akan digunakan dalam segala pertimbangan.
Dalam mesyuarat tersebut juga, notis pengosongan yang telah dikemukakan oleh PTG telah disahkan sekali lagi bahawa ia masih kekal berkuatkuasa dan tidak ditarik balik seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Walau bagaimanapun, atas permohonan penjelasan daripada pihak kami, PTG telah memberikan jaminan bahawa tiada sebarang tindakan penguatkuasaan (pengosongan dan/atau perobohan) akan diambil selagi langkah-langkah berikut belum diterokai dan dilaksanakan secara mendalam oleh semua pihak yang berkaitan:
๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฌ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ช๐ป๐ข๐ฃ๐ข๐ฏ ๐ต๐ข๐ฑ๐ข๐ฌ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต ๐ช๐ฃ๐ข๐ฅ๐ข๐ต ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฑ๐ช๐ฉ๐ข๐ฌ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข
๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ญ๐ข๐ช๐ข๐ฏ ๐ด๐ต๐ข๐ต๐ถ๐ด ๐ฌ๐ฆ๐ฅ๐ถ๐ฅ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ข๐ด๐ข
๐๐ญ๐ข๐ด๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ข๐จ๐ฆ๐ฏ๐ด๐ช ๐ฅ๐ช๐ณ๐ถ๐ซ๐ถ๐ฌ
๐๐ฆ๐ฑ๐ถ๐ต๐ถ๐ด๐ข๐ฏ ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐ช๐ฉ๐ข๐ฌ ๐๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช
๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ๐ข๐ฏ ๐ด๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ต-๐ด๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ช๐ฑ๐ข๐ต๐ถ๐ฉ๐ช
Kami turut mencadangkan perkara-perkara yang berikut:
Suatu bengkel diadakan oleh pihak PTG dan Pejabat Tanah Daerah bersama-sama pengusaha tempat ibadat yang telah menerima notis pengosongan, bagi penjelasan proses permohonan, serta panduan dan bantuan dalam menyempurnakan permohonan tersebut. YB ADUN Pasir Pinji telah bersetuju menyalurkan peruntukkan RM 5 000 bagi tujuan tersebut.
Segala pertimbangan BERKENAAN keselamatan awam dan penilaian geoteknikal, serta segala cadangan dan syarat penambahbaikan sekiranya ada, sebaiknya dan seharusnya menjurus kepada penambahan dan/atau perobohan kepada struktur sedia ada dengan seminimum mungkin.
Atas implikasi kos yang lazimnya amat tinggi, Kerajaan Negeri dipohon dapat memperuntukkan sejumlah wang (sumbangan) dalam mengkaji status keselamatan semasa dan penilaian geoteknikal tempat-tempat ibadat tersebut.
Kerajaan Negeri memohon kepada Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mendapatkan dana bantuan tambahan bagi menjalankan penilaian geoteknikal.
Punca kuasa diwujudkan bagi JKRIGBK menjadi wadah serta institusi utama, tanpa menghakis kuasa muktamad MMK mengikut undang-undang tubuh Negeri dan Peraturan Tanah Negeri-dalam proses pembuatan keputusan serta penggubalan dasar segala yang berkaitan dengan pengurusan gua batu kapur, seperti:
Dasar dan RUU pengurusan gua batu kapur dan bukit batu kapur.
Dasar tanah dan tempat ibadat selain Islam Negeri Perak.
YB Howard Lee Chuan How YB A Sivanesan YB Tan Kar Hing
ADUN Pasir Pinji ADUN Sungkai ADUN Simpang Pulai
Facebook Comments