๐—ž๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด; ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ?

๐—ž๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด; ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ?

Lebih seminggu rakyat Malaysia berteka-teki tentang dakwaan pegawai tertinggi SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam pemilikan dan pembelian saham dengan jumlah yang melampau.
Alasan adik Azam Baki yang menggunakan akaun sekuriti dalam pemilikan saham, sudah tentu jadi bahan ketawa oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, pencabulan integriti dan maruah institusi utama negara seperti SPRM yang kita saksikan sebenarnya adalah bahan tangisan buat rakyat.
Tambahan pula, percubaan melebur dosa dan pengisytiharan โ€˜puas hatinyaโ€™ oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) terhadap penjelasan Azam Baki yang tidak disusulkan dengan penampilan bukti-bukti yang kukuh dan berasas terhadap dakwaan-dakwaan tersebut; bagai sudah jatuh ditimpa tangga.
Ia amat merunsingkan apabila konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dicanangkan oleh YAB Perdana Menteri disalah-tafsir sehingga apa yang salah mengikut suruhanjaya sekuriti ‘tidak dilihat sebagai satu isu’ oleh KP SPRM dan LPPR.
Harus ditekankan, LPPR tidak mempunyai sebarang kuasa siasatan, apatah lagi kuasa beri kata putus sama ada sesuatu dakwaan terhadap ketua pesuruhjayanya berunsur jenayah atau tidak. Kuasanya ada kepada suruhanjaya sekuriti, PDRM dan mahkamah.
Jika inilah maksud sebenar โ€˜ sepakat menyelamatkan keluarga kitaโ€™ seperti dinyatakan oleh YAB Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya sebagai PM, maka, PEMUDA HARAPAN hari ini melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya menyiasat tentang dakwaan ini kerana ia melibatkan pegawai tertinggi SPRM yang sepatutnya mendukung integriti, bukannya terpalit dengan hal ehwal dakwaan pecah integriti dan maruah sebegini.
Siasatan perlu dilakukan, dengan lebih baik lagi, jika ada satu suruhanjaya siasatan khas ditubuhkan di samping dibawa juga ke Dewan Rakyat kerana ia adalah suatu usul berkepentingan yang perlu disegerakan.
Dakwaan ini menggusarkan ketenteraman awam terhadap badan integriti tersebut kerana ia membuka ruang terhadap pelbagai kemungkinan wujudnya konflik berkepentingan oleh individu terpenting di dalam SPRM yang tanggungjawab hakikinya dalam memerangi rasuah. Sekiranya najis rasuah atau sebarang jenayah sudah bersarang hingga ke dalam pejabat tertinggi SPRM, apa lagi kepercayaan yang rakyat ada terhadap integriti negara?
Ini bukan sekadar soal maruah dan integriti individu yang menjawat KP SPRM dan anggota keluarganya, ini soal maruah seluruh anggota keluarga Malaysia dan integriti insitusi utama negara.
Demi menjamin kelangsungan fungsi dan mengelak tercalarnya kredibiliti SPRM, Tan Sri Azam Baki perlu merehatkan diri bagi siasatan dijalankan.
__________________________
๐‡๐จ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐‹๐ž๐ž ๐‚๐ก๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฐ
๐พ๐‘’๐‘ก๐‘ข๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘‘๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐ป๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘›
๐พ๐‘’๐‘ก๐‘ข๐‘Ž ๐ท๐ด๐‘ƒ๐‘†๐‘Œ ๐พ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘›
๐ดโ„Ž๐‘™๐‘– ๐ท๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘› ๐‘ˆ๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ (๐‘ƒ๐‘Ž๐‘ ๐‘–๐‘Ÿ ๐‘ƒ๐‘–๐‘›๐‘—๐‘–)

Facebook Comments