Kita, sebagai sebuah negara bangsa, mungkin saja bakal berdepan dengan ujian yang lebih memudaratkan. Ribuan nyawa di Selangor dan Pahang yang terpaksa bermalam di bumbung dan berlapar perut dek kerana banjir yang melanda, sememangnya berpotensi menjadi episod pertama kepada banjir seluruh negara yang akan memusnahkan lebih banyak pekan dan bandar. Begitulah yang boleh kita telah lanjutan daripada pengumuman Majlis Keselamatan Negara tempoh hari untuk menggerakkan semua jentera bencana alam.
Jika sekali pun tiada banjir yang akan menyusul (kita harap supaya memang tiada), keadaan semasa di Shah Alam, Bentong dan Mentakab telah pun menzahirkan kesinambungan yang amat perit untuk ditelan, melibatkan usaha tak henti-henti dalam menyelamatkan mangsa banjir, pemindahan, tempat perlindungan, penempatan semula dan pemulihan. Jangan kita lupa: pandemik ini masih rakus meratah nyawa anak Malaysia dengan mutasi delta dan omicronnya.
Tidak kurang 70 negara di seluruh dunia telah pun dilanda malapetaka ini sejak pandemik bermula â dan, hampir kesemuanya mencatatkan kemusnahan yang melangkaui bencana banjir itu sendiri. Impak pantas bencana ini dapat kita lihat di dada akhbar dan di ruangan media sosial, namun, sedalam mana kesannya terhadap ekonomi pasca-COVID-19 ini, belum boleh kita fahami secara telus lagi.
Penyebaran dan pemindahan virus ketika banjir sudah tentu sukar dielakkan, kerana tak masuk dek akal untuk mangsa-mangsa ini hendak menuruti SOP itu SOP ini sepenuhnya ketika misi menyelamat. Tahap kebersihan tidak dapat lagi dikekalkan pada tahap yang terbaik, terutamanya apabila sumber air dan elektrik hilang entah ke mana.
Bagi mereka di tempat tinggal berkepadatan tinggi, pengagihan barang-barang keperluan dilakukan dalam keadaan yang sungguh tidak ideal. Air minuman, makanan, lampin pakai buang bayi, lilin, tuala kebersihan; semuanya diutamakan lebih daripada pelitup muka dan gel pembersih tangan. Satu lagi barang yang amat tinggi permintaannya, adalah ubat tahan sakit (painkiller): yang mana saya sendiri agihkan dalam kadar 100 pek dalam sejam, di tengah-tengah kawasan Taman Seri Muda.
Lebih trauma lagi – sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa orang mangsa – apabila mereka terpaksa berhadapan dan berebut ruang dengan koloni-koloni tikus yang jumlahnya beratus-ratus yang sama risau mengelakkan paras air yang semakin meninggi. Bayangkan sejauh mana kesan kesihatan awam kita sekiranya tindakan menyelamatkan ini dilambat-lambatkan lagi, dengan adanya penyakit-penyakit berjangkit dan berbahaya seperti leptospirosis.
Makanan dan air yang tercemar, termasuklah ke atas luka yang terdedah, mungkin juga menyumbang kepada krisis kesihatan awam pasca-banjir. Penyakit vektor, tikus dan bawaan-air ketika banjir juga adalah ancaman pengganda yang lebih berkemungkinan untuk merebak pantas.
Malah, tidak tercapai dek akal untuk menyatakan betapa seriusnya penularan virus COVID-19 antara ribuan mangsa banjir, tidak kira sama ada warganegara atau pun bukan. Mereka yang terlibat secara langsung dengan misi menyelamat dan pemulihan juga terdedah kepada penyebaran virus itu, biar pun mereka sendiri faham risiko-risiko yang bakal dihadapi sebagai seorang sukarelawan yang tidak lagi boleh berdiam diri di sebalik media sosial. Mereka sendiri akur dengan pelbagai kemungkinan untuk membawa balik COVID-19 ke kampung halaman mereka, namun itulah dilema yang kita terpaksa lalui.
Kita tidak wajar dan tidak patut memandang enteng terhadap kesinambungan bencana banjir ini ke atas kesihatan awam negara. Hampir kesemua parti politik, NGO-NGO dan ratusan individu telah pun membanjiri kawasan-kawasan yang terkesan dengan memberi bantuan dan tenaga sebanyak yang perlu. Walaupun Kerajaan Persekutuan agak lembab bertindak â dan jika ada pun, kebanyakannya daripada campur tangan ketenteraan, tindak balas mereka akhirnya muncul pada hari ke-6 pada ketika saya menulis artikel ini.
Apa-apa pun, kita perlu cergas bersedia untuk sebarang kemungkinan adanya penyakit epidemik yang berjangkit, yang pasti akan membebankan lagi krisis kesihatan yang sedia ada dek kerana pandemik COVID-19 ini. Rentetan yang berkaitan juga melibatkan kemungkinan mangsa-mangsa banjir kehilangan pekerjaan. Persoalan yang perlu diberi perhatian adalah:
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đĽđ˘đŻ đŁđ˘đ¨đ˘đŞđŽđ˘đŻđ˘đŹđ˘đŠ đŁđŚđłđ´đŚđĽđŞđ˘đŻđşđ˘ đŹđŞđľđ˘ đśđŻđľđśđŹ đŽđŚđŻđ¨đŠđ˘đĽđ˘đąđŞ đ´đ˘đľđś đđ˘đ¨đŞ đ¨đŚđđ°đŽđŁđ˘đŻđ¨ đŁđ˘đŻđŤđŞđł đĽđŞ đŹđ˘đ¸đ˘đ´đ˘đŻ-đŹđ˘đ¸đ˘đ´đ˘đŻ đşđ˘đŻđ¨ đ´đ˘đŽđ˘?
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đĽđ˘đŻ đŁđ˘đ¨đ˘đŞđŽđ˘đŻđ˘đŹđ˘đŠ đŁđŚđłđ´đŚđĽđŞđ˘đŻđşđ˘ đŹđŞđľđ˘ đśđŻđľđśđŹ đ´đ˘đľđś đđ˘đ¨đŞ đ¨đŚđđ°đŽđŁđ˘đŻđ¨ đąđŚđŻđśđđ˘đłđ˘đŻ đ¸đ˘đŁđ˘đŹ đđđđđ-19?
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đĽđ˘đŻ đŁđ˘đ¨đ˘đŞđŽđ˘đŻđ˘đŹđ˘đŠ đŁđŚđłđ´đŚđĽđŞđ˘đŻđşđ˘ đŹđŞđľđ˘ đśđŻđľđśđŹ đŽđŚđŻđ¨đŠđ˘đĽđ˘đąđŞ đ¸đ˘đŁđ˘đŹ đąđŚđŻđşđ˘đŹđŞđľ đ¤đŞđłđŞđľ-đŁđŞđłđŞđľ đ˘đľđ˘đś đđŚđŁđŞđŠ đ´đŚđłđŞđśđ´ đşđ˘đŻđ¨ đ´đŚđ¸đ˘đŹđľđś đĽđŚđŻđ¨đ˘đŻđŻđşđ˘ đłđŚđŻđľđŚđľđ˘đŻ đąđ˘đ´đ¤đ˘-đŁđ˘đŻđŤđŞđł?
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đĽđ˘đŻ đŁđ˘đ¨đ˘đŞđŽđ˘đŻđ˘đŹđ˘đŠ đŁđŚđłđ´đŚđĽđŞđ˘đŻđşđ˘ đŹđŞđľđ˘ đśđŻđľđśđŹ đŽđŚđŻđ¨đŠđ˘đĽđ˘đąđŞ đŁđ˘đŻđŤđŞđł đ´đŚđđśđłđśđŠ đŻđŚđ¨đ˘đłđ˘ đĽđŞ đŁđŚđŁđŚđłđ˘đąđ˘ đđ˘đ¨đŞ đŹđ˘đ¸đ˘đ´đ˘đŻ đŁđŚđłđŹđŚđąđ˘đĽđ˘đľđ˘đŻ đľđŞđŻđ¨đ¨đŞ?
đđąđ˘đŹđ˘đŠ đđ˘đŻđ¨đŹđ˘đŠ-đđ˘đŻđ¨đŹđ˘đŠ đśđŻđľđśđŹ đŽđŚđŻđŤđ˘đŽđŞđŻ đđđđ, đđđđ, đđđđđ, đđđđđđđ, đđđđđđđ (đđđđđ) đ´đśđąđ˘đşđ˘ đŁđŚđłđđ˘đŻđŤđśđľđ˘đŻ đĽđŞ đŹđ˘đ¸đ˘đ´đ˘đŻ đľđŚđłđŹđŚđ´đ˘đŻ?
Untuk persoalan-persoalan yang berlegar di minda mangsa-mangsa banjir, terutamanya mereka yang baru membina keluarga, dan bekerjaya:
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đ´đ˘đşđ˘ đŽđ˘đ´đŞđŠ đąđŚđłđđś, đĽđ˘đŻ đŁđ˘đ¨đ˘đŞđŽđ˘đŻđ˘ đąđŚđłđđś đ´đ˘đşđ˘ đŽđŚđŽđŁđ˘đşđ˘đł đŁđ˘đŹđŞ đąđŞđŻđŤđ˘đŽđ˘đŻ đŹđŚđłđŚđľđ˘ đŽđŚđŽđ˘đŻđĽđ˘đŻđ¨đŹđ˘đŻ đŞđ˘ đ´đśđĽđ˘đŠ đđśđąđśđ´?
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đ´đ˘đşđ˘ đŽđ˘đ´đŞđŠ đ˘đĽđ˘ đąđŚđŹđŚđłđŤđ˘đ˘đŻ đ´đŚđľđŚđđ˘đŠ đąđŚđłđŻđŞđ˘đ¨đ˘đ˘đŻ đŽđ˘đŤđŞđŹđ˘đŻ đ´đ˘đşđ˘ đĽđŞđŽđśđ´đŻđ˘đŠđŹđ˘đŻ đ°đđŚđŠ đŁđŚđŻđ¤đ˘đŻđ˘ đŁđ˘đŻđŤđŞđł?
đđĽđ˘đŹđ˘đŠ đ´đşđ˘đłđŞđŹđ˘đľ đŞđŻđ´đśđłđ˘đŻđ´ đ˘đŹđ˘đŻ đŽđŚđŽđŚđŻđśđŠđŞ đľđśđŻđľđśđľđ˘đŻ đ´đ˘đşđ˘ đśđŻđľđśđŹ đŽđŚđŻđ¨đŞđ´đŞ đ´đŚđŽđśđđ˘ đ´đľđ°đŹ đĽđ˘đŻ đŹđŚđłđ°đ´đ˘đŹđ˘đŻ đąđŚđłđ˘đđ˘đľđ˘đŻ?
đđ˘đ¨đ˘đŞđŽđ˘đŻđ˘ đŁđ°đđŚđŠ đ´đ˘đşđ˘ đŽđśđđ˘ đ´đŚđŽđśđđ˘ đŤđŞđŹđ˘ đąđŚđłđŻđŞđ˘đ¨đ˘đ˘đŻ đ´đ˘đşđ˘/đŽđ˘đŤđŞđŹđ˘đŻ đ´đ˘đşđ˘ đľđŞđĽđ˘đŹ đĽđŞđđŞđŻđĽđśđŻđ¨đŞ đ°đđŚđŠ đŞđŻđ´đśđłđ˘đŻđ´ đŁđ˘đ¨đŞ đŁđŚđŻđ¤đ˘đŻđ˘?
Soalan-soalan ini tiada penghujungnya. Namun, masih ada satu soalan yang amat penting untuk dijawab: apa yang kerajaan ini sedang buat dan apa yang mereka akan buat berkenaan keadaan semasa ini. Yang pasti, pada ketika ini, Kerajaan Persekutuan dan menteri-menterinya sedang sibuk menganjurkan majlis perasmian pelancaran bantuan makanan dan bantuan kewangan di hadapan skrin LED di hotel-hotel terkemuka.
Saya seru Kerajaan Persekutuan untuk mengambil kisah dan mengambil sikap bertanggungjawab terhadap setiap soalan-soalan di atas, dan menghentikan sikap acuh tak acuh yang menghina kebajikan dan masa depan ribuan mangsa banjir dan sukarelawan.
Kerajaan perlu bertindak sekarang untuk menghalang pengganda risiko daripada menjadikan bencana alam ini kepada malapetaka kesihatan yang tak sudah. Perdana Menteri dan kabinetnya perlu melakukan sebaik mungkin dan menggunakan kuasa mereka bukan sahaja untuk menyediakan bantuan pasca-banjir, tetapi juga bantuan kewangan (jangka pendek dan sederhana) melalui campur tangan polisi.
__________________________
đđ¨đ°đđŤđ đđđ đđĄđŽđđ§ đđ¨đ°
đžđđĄđ˘đ đđđđ˘đđ đđđđđĄđđ đťđđđđđđ
đžđđĄđ˘đ đˇđ´đđđ đžđđđđđđ đđđ
đ´âđđ đˇđđ¤đđ đđđđđđđđ đđđđđđ đđđđđ (đđđ đđ đđđđđ)
Facebook Comments