𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟, 𝗕𝗨𝗧𝗔, 𝗧𝗔𝗞 𝗡𝗔𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔-𝗣𝗔𝗡𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟, 𝗕𝗨𝗧𝗔, 𝗧𝗔𝗞 𝗡𝗔𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔-𝗣𝗔𝗡𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞

Kita, sebagai sebuah negara bangsa, mungkin saja bakal berdepan dengan ujian yang lebih memudaratkan. Ribuan nyawa di Selangor dan Pahang yang terpaksa bermalam di bumbung dan berlapar perut dek kerana banjir yang melanda, sememangnya berpotensi menjadi episod pertama kepada banjir seluruh negara yang akan memusnahkan lebih banyak pekan dan bandar. Begitulah yang boleh kita telah lanjutan daripada pengumuman Majlis Keselamatan Negara tempoh hari untuk menggerakkan semua jentera bencana alam.
Jika sekali pun tiada banjir yang akan menyusul (kita harap supaya memang tiada), keadaan semasa di Shah Alam, Bentong dan Mentakab telah pun menzahirkan kesinambungan yang amat perit untuk ditelan, melibatkan usaha tak henti-henti dalam menyelamatkan mangsa banjir, pemindahan, tempat perlindungan, penempatan semula dan pemulihan. Jangan kita lupa: pandemik ini masih rakus meratah nyawa anak Malaysia dengan mutasi delta dan omicronnya.
Tidak kurang 70 negara di seluruh dunia telah pun dilanda malapetaka ini sejak pandemik bermula – dan, hampir kesemuanya mencatatkan kemusnahan yang melangkaui bencana banjir itu sendiri. Impak pantas bencana ini dapat kita lihat di dada akhbar dan di ruangan media sosial, namun, sedalam mana kesannya terhadap ekonomi pasca-COVID-19 ini, belum boleh kita fahami secara telus lagi.
Penyebaran dan pemindahan virus ketika banjir sudah tentu sukar dielakkan, kerana tak masuk dek akal untuk mangsa-mangsa ini hendak menuruti SOP itu SOP ini sepenuhnya ketika misi menyelamat. Tahap kebersihan tidak dapat lagi dikekalkan pada tahap yang terbaik, terutamanya apabila sumber air dan elektrik hilang entah ke mana.
Bagi mereka di tempat tinggal berkepadatan tinggi, pengagihan barang-barang keperluan dilakukan dalam keadaan yang sungguh tidak ideal. Air minuman, makanan, lampin pakai buang bayi, lilin, tuala kebersihan; semuanya diutamakan lebih daripada pelitup muka dan gel pembersih tangan. Satu lagi barang yang amat tinggi permintaannya, adalah ubat tahan sakit (painkiller): yang mana saya sendiri agihkan dalam kadar 100 pek dalam sejam, di tengah-tengah kawasan Taman Seri Muda.
Lebih trauma lagi – sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa orang mangsa – apabila mereka terpaksa berhadapan dan berebut ruang dengan koloni-koloni tikus yang jumlahnya beratus-ratus yang sama risau mengelakkan paras air yang semakin meninggi. Bayangkan sejauh mana kesan kesihatan awam kita sekiranya tindakan menyelamatkan ini dilambat-lambatkan lagi, dengan adanya penyakit-penyakit berjangkit dan berbahaya seperti leptospirosis.
Makanan dan air yang tercemar, termasuklah ke atas luka yang terdedah, mungkin juga menyumbang kepada krisis kesihatan awam pasca-banjir. Penyakit vektor, tikus dan bawaan-air ketika banjir juga adalah ancaman pengganda yang lebih berkemungkinan untuk merebak pantas.
Malah, tidak tercapai dek akal untuk menyatakan betapa seriusnya penularan virus COVID-19 antara ribuan mangsa banjir, tidak kira sama ada warganegara atau pun bukan. Mereka yang terlibat secara langsung dengan misi menyelamat dan pemulihan juga terdedah kepada penyebaran virus itu, biar pun mereka sendiri faham risiko-risiko yang bakal dihadapi sebagai seorang sukarelawan yang tidak lagi boleh berdiam diri di sebalik media sosial. Mereka sendiri akur dengan pelbagai kemungkinan untuk membawa balik COVID-19 ke kampung halaman mereka, namun itulah dilema yang kita terpaksa lalui.
Kita tidak wajar dan tidak patut memandang enteng terhadap kesinambungan bencana banjir ini ke atas kesihatan awam negara. Hampir kesemua parti politik, NGO-NGO dan ratusan individu telah pun membanjiri kawasan-kawasan yang terkesan dengan memberi bantuan dan tenaga sebanyak yang perlu. Walaupun Kerajaan Persekutuan agak lembab bertindak – dan jika ada pun, kebanyakannya daripada campur tangan ketenteraan, tindak balas mereka akhirnya muncul pada hari ke-6 pada ketika saya menulis artikel ini.
Apa-apa pun, kita perlu cergas bersedia untuk sebarang kemungkinan adanya penyakit epidemik yang berjangkit, yang pasti akan membebankan lagi krisis kesihatan yang sedia ada dek kerana pandemik COVID-19 ini. Rentetan yang berkaitan juga melibatkan kemungkinan mangsa-mangsa banjir kehilangan pekerjaan. Persoalan yang perlu diberi perhatian adalah:
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘨𝘦𝘭𝘰𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘫𝘪𝘳 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯-𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘢?
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘨𝘦𝘭𝘰𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘭𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘣𝘢𝘬 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋-19?
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘪 𝘸𝘢𝘣𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘤𝘪𝘳𝘪𝘵-𝘣𝘪𝘳𝘪𝘵 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘶𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘳𝘦𝘯𝘵𝘦𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘴𝘤𝘢-𝘣𝘢𝘯𝘫𝘪𝘳?
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘢𝘯𝘫𝘪𝘳 𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘥𝘪 𝘣𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪?
𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩-𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘮𝘪𝘯 𝘍𝘐𝘕𝘋, 𝘛𝘌𝘚𝘛, 𝘛𝘙𝘈𝘊𝘌, 𝘐𝘚𝘖𝘓𝘈𝘛𝘌, 𝘚𝘜𝘗𝘗𝘖𝘙𝘛 (𝘍𝘛𝘛𝘐𝘚) 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘫𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘬𝘦𝘴𝘢𝘯?
Untuk persoalan-persoalan yang berlegar di minda mangsa-mangsa banjir, terutamanya mereka yang baru membina keluarga, dan bekerjaya:
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘣𝘢𝘬𝘪 𝘱𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘢 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘶𝘱𝘶𝘴?
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘫𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘮𝘶𝘴𝘯𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘯𝘫𝘪𝘳?
𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘴𝘶𝘳𝘢𝘯𝘴 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘯𝘶𝘩𝘪 𝘵𝘶𝘯𝘵𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘴𝘪 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘴𝘵𝘰𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘰𝘴𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘭𝘢𝘵𝘢𝘯?
𝘉𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢/𝘮𝘢𝘫𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘯𝘴𝘶𝘳𝘢𝘯𝘴 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘢𝘯𝘢?
Soalan-soalan ini tiada penghujungnya. Namun, masih ada satu soalan yang amat penting untuk dijawab: apa yang kerajaan ini sedang buat dan apa yang mereka akan buat berkenaan keadaan semasa ini. Yang pasti, pada ketika ini, Kerajaan Persekutuan dan menteri-menterinya sedang sibuk menganjurkan majlis perasmian pelancaran bantuan makanan dan bantuan kewangan di hadapan skrin LED di hotel-hotel terkemuka.
Saya seru Kerajaan Persekutuan untuk mengambil kisah dan mengambil sikap bertanggungjawab terhadap setiap soalan-soalan di atas, dan menghentikan sikap acuh tak acuh yang menghina kebajikan dan masa depan ribuan mangsa banjir dan sukarelawan.
Kerajaan perlu bertindak sekarang untuk menghalang pengganda risiko daripada menjadikan bencana alam ini kepada malapetaka kesihatan yang tak sudah. Perdana Menteri dan kabinetnya perlu melakukan sebaik mungkin dan menggunakan kuasa mereka bukan sahaja untuk menyediakan bantuan pasca-banjir, tetapi juga bantuan kewangan (jangka pendek dan sederhana) melalui campur tangan polisi.
__________________________
𝐇𝐨𝐰𝐚𝐫𝐝 𝐋𝐞𝐞 𝐂𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐰
𝐾𝑒𝑡𝑢𝑎 𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝑃𝑎𝑘𝑎𝑡𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛
𝐾𝑒𝑡𝑢𝑎 𝐷𝐴𝑃𝑆𝑌 𝐾𝑒𝑏𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎𝑎𝑛
𝐴ℎ𝑙𝑖 𝐷𝑒𝑤𝑎𝑛 𝑈𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑃𝑒𝑟𝑎𝑘 (𝑃𝑎𝑠𝑖𝑟 𝑃𝑖𝑛𝑗𝑖)

Facebook Comments