Yang bermati-matian mengorak Langkah Sheraton semasa dunia dan rakyat sedang dilanda pandemik virus, hatta merampas kuasa walaupun telah ditolak oleh rakyat pada PRU-14, itu sekongkol UMNO.
Yang dapat kuasa secara tipu muslihat dan kini sibuk mengagihkan jawatan, GLC yang bergaji lumayan kepada Ahli Parlimen dan Adun bagi membeli sokongan waktu rakyat berdepan dengan krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara; itu kerja UMNO dengan Perikatan Nasional.
Yang berpura-pura sebagai rakan seperjuangan bersama Pakatan Harapan, tetapi sebenarnya musuh dalam selimut PPBM dan Pakatan Harapan, itu asal-usulnya UMNO.
Yang kononnya tak nak jadi Perdana Menteri tetapi akhirnya merampas kerusi Perdana Menteri melalui pengkhianatan terhadap sahabat serta bersedudukan dengan musuh, itu asal-usulnya UMNO dan disokong UMNO.
Dengan itu, saya harap Ketua Pemuda UMNO segera muhasabah diri dengan sikap munafik politiknya. Sesungguhnya amanah rakyat yang diberikan pada pilihanraya yang lalu adalah untuk Pakatan Harapan. Biarlah rakyat yang tentukan kerajaan pilihan mereka dalam pilihan raya.
UMNO kerap mengaku perjuangan mereka demi agama Islam. Sefaham saya, Islam amat menitikberatkan soal amanah dalam kepimpinan.
Yang saya fahami, Islam mengajar bahawa apabila berbicara janganlah berdusta, apabila berjanji mestilah ditepati dan apabila diberi amanah, jangan dikhianati.
Ini semua telah dilanggar oleh UMNO dan konco-konconya semasa Langkah Sheraton tempoh hari. Jika jujur inginkan gencatan senjata, mudah sahaja – kembalikan kuasa yang kamu rampas agar mandat rakyat pada PRU ke-14 dapat diteruskan oleh Pakatan Harapan. Berani kerana benar, jangan jual agama, itulah harmoni sebenar.
Facebook Comments